Sunday, November 4, 2012

Pergi Jauh


Bismillahi Walhamdulillah.
Selawat dan Salam kita rafakkan ke atas junjungan Nabi S.A.W.
Jom bersyukur. Allah bagi kita nikmat Islam, Iman, Ukhuwah, hidup. *Alhamdulillah.
Ape pulak kali ini? Pengembara tak habis2 sebak je. kan?



Biarkan play sepanjang membaca. 
Takkan lengang suara2 ni. Setiap detik. Suara terkuat tu taktau suara siapa. hiks

***************

Shi Dae 20 | Ting Tiga


Sebenarnya, Pengembara tak mampu dah menahan sebak. Belek2 gambar, basah. Kemas2 barang, jumpa barang pemberian orang lain, mengalir. Dah cukup menyiksa Pengembara.
Kini pun, Pengembara masih terputar-putar dalam kepala.
Of course, Shi Dae 20 | Ting 3. Satu perpisahan yang cukup pedih. Barangkali, Pengembara terfikir.

Perpisahan ini, baru dengan sahabat. Kalau perpisahan kita dengan dunia? Na'uzubillah.

Walaubagaimanapun, suka Pengembara untuk kongsi beberapa cebisan kenangan bersama. Tapi, Pengembara tak mampu untuk bermadah panjang. Mungkin - mungkin, basah komputer berhabuk ini.


Kerja Pengembara.

Yup. Letih Pengembara mengembara minggu lepas bersama sahabat seperjuangan. Tapi, pengembaraan pengembara yang lepas, bukan sekadar mengembara bumi Tuhan, tapi.. menyelami setiap helaan nafas sahabat sekeliling. Kenapa?
Minggu lepas merupakan pengembaraan yang besar bagi Pengembara. Daripada pengembaraan tersebut, pengembara dapat menyimpulkan. SeJahil mana pun seorang itu, dalam hatinya tetap mempunyai taman. SeJahil mana pun seorang itu, dia tetap mahu menerima kebaikan. SeJahil mana pun seorang itu, hatinya pasti ada ruang untuk dilembut dan dibentuk.
Terbukti, bila sampai satu saat kemuncak, ssorang itu menangis kerana Allah akan perpisahan kami. Tak ke lembut kalau si Taiko menangis kerana Allah?
Hakikat, Allah dah pun tanamkan sifat mahukan kebaikan dalam setiap insan. Jangan nak kata, ikut skeptikal manusia, tetapi.. Sudah memang fitrah. Tak gitu?

Gementar bila disebut 'kenangan'..


***************





Sedar tak sedar, hampir 3 Tahun Generasi20Hira' menggamit kehidupan Pengembara. Namun, ianya telah berakhir. Lawatan ke Cameron Highlands menjadi pelengkap, meninggalkan sebuah zaman yang banyak menampal kesan, kenangan dan mengajar Pengembara beribu macam pengalaman.
Disini, Pengembara belajar apa itu ukhuwah yang sebenar. Satu pertalian yang diasaskan atas nilai Iman. Berkata tentang ukhuwah, bukan satu hal yang mudah kerana.. Ramainya orang berukhuwah hanya tika manisnya tapi, pahitnya diletak ketepi. Oleh sebab itu, Ukhuwah itu adalah dengan perbuatan dan tindak tanduk kita. Bukan hanya sekadar "eh, aku kan sahabat anta". Yang pasti diingat, ukhuwah Pengembara bersama kalian di bumi wakaf, adalah satu ikatan yang paling kuat pernah dialami dalam hidup Pengembara. Terima kasih sahabat.





Pengembara juga belajar erti keimanan sebenar dan bagaimana kita berjihad dengan keimanan tersebut. Di sini, Pengembara bagai dibasuh berkali - kali dengan simbahan air tarbiyah. Selain itu, Pengembara sempat juga mengenang kembali imbasan 'Ini Sirah Kita'. Pengembara cukup kagum dengan kehebatan umat kita terdahulu. Izzah sebagai seorang Muslim, tegar di jiwa. Ukhuwah antara mereka menjadi satu kekuatan sehingga membawa nama baik Islam ke dunia.

Dalam 3 Tahun ni, Pengembara menyedari banyak potensi diri untuk memanfaatkannya ke jalan yang terbaik. Daripada seorang yang tiada skill yang hebat, Pengembara dapat belajar bermacam perkara. Untuk itu, Pengembara merasakan bahawa ia memerlukan zatiyah bahawasanya, apabila seseorang menyedari keperluan bagi dirinya untuk ada skill tersebut, tentu ia akan mendorong dia mempelajari dan memanfaatkan meskipun tak ada orang yang mampu mengajar.



Skill hebat. Rehlah Wida' Kami.

1001 ragam pengalaman, tak cukup untuk diceritakan di sini. Pengembara cuma 3 tahun. Bayangkan.. Sahabat2 lain, 4-5 tahun. Pastinya kering bibir pabila menceritakan.
Sekalung penghargaan daripada Pengembara buat Sahabat yang akan meneruskan perjuangan di tempat lain,  Maahad Hira', Imec, SMK Tinggi Klang, maahad2 lain mahupun pelusuk dunia lain. Pengembara akan merindui kalian dan menunggu untuk sama-sama kita berjuang kembali bersama. Harapan Pengembara, semoga mereka yang Pengembara ketemu pada tahun ini, mereka jugalah yang Pengembara akan ketemu di masa hadapan apabila bersama berjuang di dunia luar. Jazakumullahu Khairan Kathira.

Mungkin setakat itu sahaja. Pengembara yakin bahawa suatu hari nanti, pasti kita akan ketemu sekali lagi. Barangkali, sudah berkerjaya? sudah berkeluarga? InsyaAllah, pengembara mendoakan kejayaan kalian mahupun mana2 pembaca supaya berjaya dunia akhirat.

"Ya Allah, kau jadikanlah pertemuan kami, sebuah pertemuan yang dirahmati. Dan perpisahan kami, sebuah perpisahan yang dipelihara."

Wallahua'lam.
"Ya Tuhan!.. Ape yang kurasa ni? Tak penah ada dalam hati aku perasaan cenggini!"


*basah pipi. Tak apa. bak kata Ibu tercinta, "time will cure".
mood: tak henti2 fikir. Setiap hari text dgn shbt. Tp still tak cukup. WOW!

2 comments:

Anonymous said...

okeyh,mula2 "aku sahabat anta"...then IMEC..pelik.. :/

Anonymous said...

smart :)