Thursday, December 18, 2014

Famous Amos.


"O you who have believed, fear Allah as He should be feared and do not die except as Muslims."  
{ ali-imran : 102 }


Bismillahi walhamdulillah.

That remarkable day, He was walking along the street. When suddenly, He bumped into a burly sado and good-looking man. He was, 

"ohh sorry bro I didn't notice you were there."

"it's okay. doesn't matter at all."

"okay, but wait. I think I know you. uhmm. Yes, I think I do know you."

eh eh, wait.




                                                       *************************





okay okay, e-naf wif thos ingelish werds. sorri, ai am not thet gud inn ingelish. so..

Jadi, kita alih bahasa. Ini alih bahasa, baik punya. Pengembara jemput khas translator dari Zimbabwe okay. anggaplah dialog ini benar-benar berlaku dalam bahasa ibunda. sambung.

"Saya kenal awak ni. Awak, awak, awaklah yang orang selalu sebut-sebut tu. awaklah kan?"

"Eh, siapa pula yang selalu sebut-sebut saya cik. Saya bukan pemain nombor tujuh 'tailen' atau, yang ada misai lentik tu cik. bukaaaan. Salah orang kot ni cik."

"Iye ke ni. Saya rasa saya tak salah orang ni. Awaklah kan orang yang hebat tu."

"eh. Tak, cik. Betul, salah orang ni cik."

"Awaklah retis tu yang terkenal kat tenet tu kan. iye betul betul. Awaklah tu."

"Eh cik. Saya bukan cik. Cik, cik tahu kan kat dunia ini ada tujuh orang yang mempunyai wajah yang hampir serupa?"

angin bertiup sepoi-sepoi bahasa sambil kucing melalak, "miaw miaw, miawwwww. miaw miaw miaw, miiiiiaw miaw."



iye, kucing ini. garang? garang.



                                                       *************************



Baiklah. ada apa dengan famous amos? ada apa dengan famous? ada apa dengan amos?

Kalau ditanya si Siri yang bijak. "Define famous." Katanya, "widely-known and esteemed." Kalau orang kampung sebut, terkenal dan terhormat. Pehh.

Kau tahu, amat payah. Payah teramat. Amat sangat payah menjadi terkenal. Pengembara kata payah menjadi terkenal. Iyalah, bukan apa. Rata-rata remaja muda sekarang kalau ditanya cita-cita, "nak jadi pemain bola sepak terkenal." atau, "nak jadi bisnesman ternama", atau, "nak jadi orang kaya-kaya."

yang kata, "nak jadi imam masjidil-haram tersohor," fuiyo! itu amatlah digalakkan. 

memang benar, tak salah nak ada cita-cita melangit tinggi-tinggi gitu. Cuma, ingin pengembara berpesan dikit, buat mereka yang di sini, yang di sana, yang di situ, mahupun yang di alik-nu, menjadi terkenal sememangnya payah. 

Tapi, coretan ini, bukan sebarang coret oleh yang terkenal itu. Tapi, coretan kali ini buat kita yang asyik dan terlalu asyik dengan buaian dan mainan si Terkenal. Siapa yang terlalu asyik dengan si Terkenal2 tu? ok. Meh bagitahu Pengembara siapa yang semangat kuat kalau ada mana-mana si Terkenal meninggalkan dunia. Meh bagitahu Pengembara siapa yang semangat kuat kalau ada antara si Terkenal akan 'release' album terbaharunya esok. Meh bagitahu Pengembara siapa yang semangat kuat kalau si Terkenal buat rambut belahan dedua, dia pun buat rambut belahan dedua. Eh. Siapa. 



Bukan aku. Bukan aku. Bukaaaan.



Realitinya, hampir semua dari kita ada sifat sebegitu rupa. Malah, ianya juga bersifat semulajadi. Bak kata omputeh, "you can't deny it, bebeh." Iya iya.


Apapun, kita selaku orang yang bukan-aku-bukan-aku ini, haruslah ambil perhatian. Perhatian bukan sebarang perhatian. Tapi perhatian yang kaw-kaw, sebabnya, hal ini makin hari makin menebar.


Tak, tak ada-lah nebar mana pun. Pengembara hanya ingin mengingatkan kita semua. Memilih yang terkenal itu juga perlu hati-hati, atau "be cheesy." Bukan apa, sebab musim ini merupakan zaman orang bersifat kurang cerdik untuk mendapat famous. Ada ke patut, reka satu video yang bersifat offensive, mengancam diri, mengaibkan diri atau erti kata lain yang dikit kasar, memperbodohkan diri atau orang lain. Oops, maaf. 


Tapi Pengembara rasa, mereka buat semua itu, berkonsepkan supaya ingat Tuhan. Haah, iya. Mungkin yang hasilkan video mengancam nyawa itu adalah supaya insan lain ingat bahawa mati itu sangat dekat dan boleh didatangi bila-bila masa walau apa jua sebabnya. bukan sebab supaya dia dikenali orang ramai atau famous kan. hmm *angguk-angguk*


Makanya di situ, peringatan juga pergi kepada (baca: goes to) insan-insan yang berkobar-kobar untuk melibatkan diri dalam aktiviti rancak ini.


"Setiap amal harus disertai dengan niat. Balasan bagi setiap amal manusia, ialah pahala bagi apa yang diniatkannya."
{ bukhari & muslim }



  
Mari lihat Rasul dulu-dulu kejap. 




Rasul dulu-dulu, penat. Tapi Rasul punya penat, ditakrifkan dengan perkataan, 'superb!'. Usaha baginda, ialah hasil titik peluh Baginda seorang diri pada awalnya. Dan ianya bukan sekadar usaha-usaha kosong untuk mendapat pengaruh, atau untuk mendapat nama, apatah lagi untuk menjadi kaya-raya dunia. Memang jauh sekali.



Tapi usaha baginda hanya sebab, ingin dunia yang kita sedang duduk atau diri ini, diselaputi dengan pengaruh agama yang paling benar. Tak lain tak bukan, agama Islam. Nah, lihat hasilnya, kesohoran, ke-terkenal-an, dan ke-famous-an baginda, jauh lebih hebat dan macho daripada famous-nya Steven Job yang terkenal dengan 'epal'nya tu. Jauh lebih terkenal daripada Thierry Henry yang dapat empat kali but emas. Malahan sohor baginda sejak 1400 tahun yang lalu, dan barangkali setiap hari orang sebut pasal Baginda. Nak hebat lagi, sampai sahabat-sahabat zaman dulu, tadah peluh baginda.


Haritu, ada orang tadah peluh Steven Job? Ada orang tadah peluh Thierry Henry? eheh. okay maaf mungkin terlalu 'ekstrim'.


Tapi, okaylah tu. yang Pengembara ingin sampaikan ialah, terkenal kita, bukan untuk apa-apa dan bukan untuk siapa-siapa. Tapi, yang lebih mahal daripada dikenali atau diminati itu sendiri, kuncinya adalah untuk mencari ikhlas dan redha Tuhan. maka natijahnya akan dapat jauh lebih dari terkenal dan famous.


"You can get 1,000,000 followers. Well, yea congratulation on your achievement. But yet, don't you think how much blessings do the numbers bring to you? Literally, with God's blessings, your followers is bigger than 1,000,000 in numbers. Who knows, because that are His blessings." --kata penulis buku itu.


Menjadi contoh masyarakat (baca: public figure) ingat senang? Menjadi ikutan masyarakat ingat bagus? Menjadi buah mulut masyarakat ingat baik?



Kalau andai kata macam imam masjidil-haram itu senanglah, baguslah, baiklah. Teruskan.



"weh, kau tengok tak haritu brader tu pakai macam tu. Setail kot. Jom terai." atau. "weh, kau tahu retis tu selalu buat macam gini. Setail kot. Jom terai" atau yang dae-bak lagi, "weh, kau dengar tak berita retis tu ngisap. dia boleh, kita jiwa remaja, takkan tak boleh. Setail kot. Jom terai."

Parah.


Pencerahan kasar. Famous Amos ini juga tinggi ongkosnya tinggi. Kenapa Pengembara kecek sedemikian?



Ha kheir. Menjadi terkenal dan dikenali orang, secara automatisnya dia turut menjadi perhatian orang. Dan bila dia menjadi perhatian orang, setiap gerak-laku dan olah-geraknya akan diikuti oleh mata-mata sekelilingnya. Bila ada mata-mata yang melilau sebegitu, maka terzahirlah gerak-laku daripada pandangan tadi, menjadi amalan yang mereka anggap setail itu. Kurang kabur. Ada faham?



Malahan, andai kata ada antara si Terkenal tersilap kata, dan tersalah laku dalam menyampaikan sesuatu, banyak pihak yang terlalu percaya dan yakin dengan kata dan pelakuan si Terkenal tersebut boleh turut tersalah atau berburuk sangka. Mana tak-nya, zaman 'judgemental' memang payah dikit.


Arakian, jangan anggap segala-segala yang disampaikan oleh si Terkenal itu benar atau tepat belaka, melainkan kita sendiri yang pastikan dengan pastian yang teramat pasti. Kemudian itu, baharulah boleh disebarkan dan disampaikan kepada insan-insan lain. Viral atau tidak, tak penting. Dapatkan kepastian terlebih dahulu. Kenapa? Sebab, Tuhan sabda,


"Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik yang membawa satu berita, maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu." 
{ al-hujurat : 6 }



Ambil pengajaran dan jangan tunggu terkena di muka sendiri baru tengadah. Takut-takut dah terlewat. Okay? Okay.



Oh iye dalam pada itu, kisah di atas tiada hubung kait dengan mana-mana insan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Harap maaf jika ada pihak yang tersinggung. Sekian.





                                                       *************************






Dari Pengembara.




Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Allah, jaga niat aku. Jujur, dari lubuk hati terasa sekelumit nikmat, bahgia, dan syukur setelah sekian lama terhenti tulis untuk kembara yang panjang. Harapnya berguna buat kita semua. Dan, moga penulisan marhaen ini Tuhan Redha dari A to Z.




"May Allah forgive our sins, Take Care."




Wednesday, December 17, 2014

Buang Sawang

hey.



Bismillahi walhamdulillah.


Andai,
kembara ini,
hijrah ini,
jalan ini,
lorong ini,
gerabak ini,
langkah ini,
chapter ini,


Andai,
ianya mudah,
seperti mengenal ABC,
seperti mengeja 123,
seperti duduk membisu,
seperti santai menyantai,
seperti menyuap beras,
seperti menonton cahaya,

hmm.

Tidak,
Lejen dulu juga penat,
Lejen dulu juga tenat,
Lejen dulu hasil keringat,
Tapi,
Lejen dulu tetap kuat,
Lejen dulu sentiasa hebat,
Lejen dulu sentiasa ingat,

Ada kata,
bukan sebarang kata,
tapi ini sabda,
bukan sebarang sabda,
tapi dari lejen luar biasa,

"Siapakah yang terlebih baik,
perkataannya, pelakuannya, ajakannya,
selain,orang yang menyeru kepada,
Tuhan yang Satu serta beramal soleh."

yang beri kekuatan itu Dia,
yang beri kesempatan itu Dia,
yang beri kelapangan itu Dia,
yang beri kejayaan itu Dia,
yang beri keselesaan itu Dia,
yang beri ke-segalanya-an,
itu semua Dia.

kita kuat kerana Dia,
kita lemah kerana Dia.

maka, sudah tentu,
kita megharap hanya dari Dia.

 *************************




Buang sawang?



eheh, iye. Buang sawang ini istilah kalau orang kampung sebut, refresh yang lapuk-lapuk pada belog pengembara. ekspesiali, yang penuh bersawang ini. Al-maklumlah, pengembara mengembara jauh sejak dua menjak. Jadi, ampun maaf sekalian kembara. Kesempatan ini juga, pengembara ingin mengajak sekalian untuk bersyukur dengan nikmat Tuhan kurnia. Jangan berdolak-dalih, sebab perjalanan kita masih panjang. Andai kata kita kurang bersyukur kini, barangkali, malang tidak berbau. Tuhan berhak tarik nikmat bila-bila.






"maka nikmat Tuhanmu yang mana lagi yang engkau dustakan?" 

(Ar-Rahman)


Friday, May 3, 2013

Tiada Kekurangan!



Selawat dan salam ke atas Nabi junjungan Rasulullah S.A.W. Nikmat Tuhan bagi memang tidak terbilang. Terima kasih ya ALLAH!
Pertama, Kalian jangan rasa kekurangan pada kalian itu tidak berguna. Selami ayat seterusnya...

"Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah nikmat-Ku kepadamu, dan jika kamu mengingkari nikmat-Ku, maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." 
{Ibrahim: 7}
Kebiasaannya, bila kita dikurniakan nikmat, rezeki, kegembiraan mahupun kelebihan; apa yang kita akan lakukan?

BERSYUKUR!

Ya, itulah yang seharusnya.
Tapi... bagaimana pula kalau kita di berikan kekurangan, kecacatan, kemiskinan, kedukaan dan ujian. Berapa ramai yang bersyukur? *geleng kepala*

Pengembara pasti mungkin hanya segelintir di antara kita yang bersyukur bila ditimpan ujian. Mungkin dalam 100% hanya  7.932% yang bersyukur dan berlapang dada bila ditimpa ujian.
Sedarkah kita... beruntunglah bagi mereka yang selalu bersyukur dan sabar. Banyak kelebihan yang diberikan oleh Allah SWT kepada mereka yang bersyukur dan sabar dengan ujian yang diturunkan.
Fiman Allah SWT:
"Mereka yang sabar dalam musibah, kemiskinan dan ketika peperangan; merekalah orang-orang yang benar dan merekalah orang-orang yang bertakwa - memelihara dirinya dari kejahatan." 
{Al-Baqarah: 177}

[sekadar hiasan]

Pengembara pasti kalian mesti pernah dengar kata-kata ini:
"After every storm there is a rainbow."
'Selepas setiap guruh, adanya pelangi.'

   

Walau apa juga ujian yang diturunkan, kuatkan semangat dan azamkan tekad. Yakinlah dengan janji Allah.
Biar kita miskin, biar kita buruk, biar kita cacat, asalkan hidup mendapat berkat.
Fikrkan setiap kekurangan yang diberikan pasti ada kelebihan yang diberikan. Begitu juga sebaliknya. Setiap kelebihan itu pasti ada kekurangan kerana kita memang diciptakan lemah dan tidak sempurna.
Ingat bahawa kekurangan itu hebat. Jangan pernah rasa rendah diri dengan kekurangan diri kerana percayalah, setiap yang Allah kurniakan mempunyai kelebihan dan keberkatan tertentu.

Ingatlah,

Tuhan menciptakan manusia dengan segala kelebihan dan kekurangan. Hikmahnya, agar manusia itu hidup bersama dan tidak mementingkan diri sendiri (saling lengkap melengkapi). Mereka yang kaya membantu yang miskin, yang sihat membantu yang sakit dan lain-lain. Cuba kalian bayang, tiada di antara kita seorang doktor, ada yang mampu merawat? Bayang juga, tiada yang menyapu sampah di tepi kaki lima jalanan, boleh bumi ini bersih? *tunduk, rendah diri*

Ingatlah langit tidak selalu cerah dan kita tidak selalu di atas. Janganlah kita hina kekurangan seseorang itu kerana mungkin suatu hari kita memerlukan sesuatu yang kita tidak ada daripada orang yang kita pernah hina dulu.

Kekurangan di dalam hidup kita bukanlah pengakhir dan penghujung dunia. Sebaliknya besyukurlah, kerana suatu saat nanti pasti akan datang seseorang melengkapi kekurangan kita dengan kelebihannya. Jangan pernah berputus harap dan teruskan berdoa.
Dan ingatlah, setiap kekurangan yang kita miliki merupakan kelebihan yang tidak ada pada orang lain. Bukan semua orang dapat memiliki kekurangan yang kita ada. Bukankah kekurangan dan ujiaan itu satu bentuk dan tanda sayangnya Allah kepada kita?

[kelemahan? kenalkan, dyslexia]


Renung-renungkan.
Jadikanlah kekurangan yang kita miliki itu sebagai sumber kekuatan, simbol kehebatan dan bukanlah sesuatu yang menghancurkan. Bersyukurlah dengan setiap kurniaan-Nya; kebaikan mahupun keburukan.
"Dan taatlah kepada Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berbantah-bantahan, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan hilang kekuatanmu dan bersabarlah. Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar." 
{Al Anfaal, 46}
[be grateful to everything]

Dari Pengembara,
Mari sama kita panjatkan setinggi-tinggi kesyukuran atas segala kekuatan, kelebihan dan kemampuan yg kita miliki. Walaupun begitu, jangan kita lupa utk bersyukur atas kekurangan yang kita miliki. InsyaAllah kekurangan kita disusuli dengan berjuta hikmah. *senyum ke telinga*