بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Salam.
Pengembara. Ye ni Pengembara. Ye ni la Pengembara yang tgh terbayang Shi Dae 20 dan Ting 3 tengah belajar dalam kelas utk PMR! Apatah lagi melancong-lancong di Cameron. wahhh.
![]() |
| Woi. Pengembara nak korang. Sekarang jugak. =UHIBBUKUM FILLAH.= |
Alhamdulillah, Dia masih lagi beri Pengembara kesempatan untuk masih bersama beberapa sahabat. Minggu lalu, Pengembara sempat berjenaka bersama beberapa sahabat. Tujuan kami adalah sama, iaitu untuk menempuhi satu ujian. Barangkali, tujuan itu tidak mampu kami jadikan yang utama. Tapi, menghargai kenangan dan masa bersama adalah antara sebab Pengembara ingin kembali ke bumi wakaf yang banyak mengajar. Cukup dengan hanya 4 hari. Cukup. Nostalgia sungguh tanah tu.
Dah ada di bumi wakaf pun, kalau tiada sahabat yg lengkap, tak rasa keistimewaanya. Oleh sebab itu, pada satu ketika, ada antara sahabat Pengembara yang berkelakuan aneh barangkali.. halusinasi?. Semua ini gara-gara rindu, sayang dan kasih kepada sahabat lain. Nak contoh? Fyi, ada kisah yg di-edit.
![]() |
| Bilik |
Ginilahh. Ada waktu yang memang automatik teringat semula, namun ada juga bahagian yang sengaja diingatkan sesama kami. Contohnya seperti sahabat Pengembara. Ketika proses ujian kami, beliau mengetuk-ngetuk pintu bilik 'Zubair'. tuk tuk tuk.. " Anasi (bukan nama sebenar) , Zahidi (bukan nama sebenar) ! Bangun2. Dah asar dah. Zahidi tu jangan buat-buat tido pulak. " Padahal, semamangnya Anasi dan Zahidi tidak ada di situ.
Contoh di waktu lain. Setelah usai solat Subuh, kami bersalaman dan berpelukan antara kami. Secara spontan, terkeluar beberapa patah daripada sahabat Pengembara "teringat lagi AbbasAssisi (bukan nama sebenar) sandar kat dinding tu. TeckQie (bukan nama sebenar) pulak tengah tido pakai sweater kelabu yang bersilang kat leher tu". Habis tertawa mengguris perasaan jiwa Pengembara
Nostalgic isit? huh.
***************
Suka Pengembara untuk kongsikan satu hadis yang sempat sahabat Pengembara bacakan. Maaf, Pengembara tak mampu pulak untuk beri matan hadis tersebut. Tapi.. antara yg dapat Pengembara garab daripada hadis tu..
Bahawa kepada ahli syurga nanti, ada yang akan berjumpa semula dengan sahabat - sahabat perjuangannya. Sambil duduk - duduk di kaki telaga, masing - masing dilihat sangat gembira sambil bercerita tentang pengorbanan dan kerja Allah yang dilakukan bersama - sama. Ada juga cerita jerih perih yang menyatakan sebab dia berada di situ.
Nampak apa yang nak disampaikan? InsyaAllah, ukhuwah yang dijalinkan atas dasar Iman, akan membawa ke syurga. ' Ukhuwah Till Jannah ', ungkapan yang panjang difikirkan. Nah, ni lah hasilnya. Hubungan yang bukan sahaja mengalirkan air mata tatkala perkenalan, gelaktawa, dan keakraban diraikan sesama sendiri. Tapi kerana yang empunya kasih dan sayang ini juga meredhai dan meraikannya.
***************
Remaja ohh Remaja. Penuh dilema. Pengembara sempat juga mengutip hikmah di satu program berjemaah. Dari situ, pengembara dapat mengesan betapa memberi impak yang besar remaja yang salah memilih. Hal ini kerana, pada saat remaja, ianya adalah satu titik permulaan utk satu kehidupan yang lebih nyata. Pendek kata, satu pilihan bakal mengubah segalanya. Mungkin.. keadaan sekeliling mempengaruhi pilihan.
*mengelamun*.
Pengembara sekian kali terbayang. Bagaimana pulak ye.. Hidup Pengembara kalau tak dapat bersahabat dengan sahabat yang sebegini? Cemane kalau Pengembara bersahabat dengan yang tak reti mengenang?
Susah2. Tak reti nye Pengembara nak mengembara sedemikian rupa. Terima kasih Sahabat!
Sisipan gambar. Pengembara terkedu, tersebak. Menangis teresak2 mengenang.
Cukup. Cukup. Cukup.
Terima kasih Pengembara ucapkan kepada Ibnu Haitam kerana telah mencipta teori perihal Kamera. Kerana beliau, kita dapat melihat gambar. Kerana beliau, kita dapat mengenang.
Terima kasih Pengembara ucapkan kepada sahabat-sahabat pembaca sekalian kerana memberi saya ketabahan. Mungkin entri - entri Pengembara takkan henti tentang satu zaman yang paling meninggalkan kesan ini.
Akhir? Henshin!
Dalam hidup, sekali jatuh tak bermaksud tak boleh bangkit.
Life must goes on.
Wallahua'lam. Keadaan mendesak Pengembara utk mencoret.
Maaf atas salah silap.
*mood: takkan rasa hilang ShiDae20.


3 comments:
Rindu shidae20 moga bertemu kalian dilain masa..nice post,nice blog '
:) muallim singgah di sini. penulisan yang baik. moga ukhwah antum kekal hingga ke akhirnya. seronok baca. ^^,
T_T rindu btol saat indah bersama antum sob2........
Post a Comment