Bismillahi Walhamdulillah.
Salam. Selawat atas Rasul.
Syukran Ya Allah atas nikmat kau kurniakan. Pengembara pun dah taktau mcm mana nak membalas pemberian Kau selain hanya beribadah kpd kau. Bak tokoh sufi yang ikhlas beribadah, pabila ditanya seorang Kafir, "untuk apa kau sujud? untuk apa kau tunduk pada Dia?" ... Rabiatul membalas " Aku ingin bersyukur kepadaNya atas segala nikmat yang Dia beri...." Wah, Beliau beribadah hanya utk membalas yang Tuhan dah bagi. Kita? Mesti mengharapkan balasan Dia. Ye tak? Moga diambil iktibar.
Sempat Pengembara menyelit sini.
Masuk tuntas utama Pengembara di entri kali ini. Pengembara ingin sekali meingatkan pembaca sekalian perihal tujuan kita hidup di dunia. Barangkali, Pengembara sendiri pun selalu terlupa, terleka, alpa. Hal ini pun, hasil bukaan mata Pengembara semasa perkumupulan 'kami' mutakhir ini.
Bernilai? Ke tak bernilai kita ni? Apa pandangan pembaca?
![]() |
| Daurah, ShiDae20. |
***************
KULIAH...
"Okayy, saya nak antum semua lihat kerusi ini" *sambil menuding ke arah kerusi hitam yang berhabuk Hira'*.
Sambungnya, "saya nak antum semua keluarkan apa-apa kertas, yang antum rasa boleh mengangkat 2 buah telefon bimbit. Kemudian, antum bentukkan kertas tersebut menjadi bentuk seperti kerusi di hadapan. Boleh?" .. 'Kami' pun, terpinga-pinga sambil mencari kertas-kertas yang boleh membantu, mungkin?
Diringkaskan, kelam-kabut dibuatnya apabila diberi masa hanya 10 minit. " Buat kerusi 10 minit? Uishhh " antara keluh seorang gerangan. Namun demikian, dalam keluhan tu jugak, dia bersama ahli pasukannya berjaya membina sebuah kerusi yang diyakini mereka, kukuh dengan hanya menggunakan beberapa helai kertas dan bantuan buah fikiran masing-masing. Hewhew... Ginilah hasilnya.
| kerusi kertas. |
Alhamdulillah, Tuhan bagi belas gerangan tersebut, kerusi yang dibinanya selamat dihempap 2 buah telefon bimbit tanpa sebarang masalah. "Tahniah, anta dgn kawan2 anta berjaya membina sebuah kerusi yang kukuh." Puji si Penceramah Australia yang baru memperoleh cahaya mata bernama Naufal. "Eeh, guna kertas buangan je kot, tp boleh tampung benda berat."
Selepas selesai satu per satu binaan kerusi diterai, tinggallah hanya beberapa buah kerusi yang benar2 kukuh. "Penceramah ni sebenarnya nak test apa? Main2 kerusi je ke?" Monolog seorang lagi gerangan yang sweet. Eh?
Tak lama kemudian, Penceramah beri penjelasan sambil menghancurkan kerusi-kerusi yang rapuh. Eh?
Ye, terselit sekali 1000 hikmah dan pengajaran atas perbuatan Abg Australia ni. Antara yang menjadi fokus utama beliau, "Setiap yang tak bernilai di dunia yang bernilai ini, adalah SAMPAH. Mcm kerusi yang saya hancurkan ni. Ye, kerusi hancur ni. Bernilai ke?" Geleng sepastinya kelibat yang mendengar kata-kata menusuk ni. Kemudian, Beliau tambah lagi penusukan dgn berkata "Adakah kita sampah kepada Tuhan sang Pencipta? Jawab dlm hati." Gentar.
Setakat itu.
***************
Aha, itulah yang Pengembara nak kongsikan. Analogi yang penceramah Australia ni buat tadi sangat mudah. Kerusi kukuh yang bernilai dibandingkan dengan kerusi yang hancur, pasti tak ternilai. Timbul dalam hati Pengembara.. "Aku ada nilai ke kat sisi Tuhan?"
Mungkin tu satu persoalan yang jawapannya juga satu tanda tanya mcm ni '?'
Pengembara kenalpasti. "Guna kertas buangan je kot....". Tu bukanlah kata-kata yang sepatutnya dilontarkan gerangan ini. Kenape? Sbb bila dia berkata sedemikian, beliau telah memandang remeh, melihat rendah terhadap sesuatu. Kan?
Teringin sekali Pengembara meminta pembaca bayang.. Situasi seorang 'boy'. Lingkungan umur, 4-6 tahun. Berjalan di Kompleks bersama sang Ibu terchinta. Ketika menunggu ketibaan lif untuk NAIK... *tink*. Tiba satu lif di tingkat mereka menunggu. Kebetulan, penanda arah lif tersebut rosak. 'Boy' tersebut pon meluru masuk ke dalam lif menghiraukan hal lain. Biaselahh, budak2. Mane tak excited bila naik lif. Pfffttt. 'Boy' sempat menjenguk di dalam lif tersebut ke mana hendak lif menuju. Dan pastinya, dia terlihat lif itu sedang menuju ke atas. Namun, Ibu yg dicintainya kurang yakin dengan itu kerana dia tidak sendiri melihatnya. Oleh sbb itu, 'Boy' tadi terpaksa keluar dari lif hanya kerana si Ibu tidak yakin dgn kenyataan anaknya.
***************
Apa yang Pengembara cuba pembaca fahami ialah.. Kadang2, memandang rendah terhadap seseorang itu adalah satu yang merugikan. Mcm analogi Penceramah Australia di atas.. hanya guna kertas buangan. Tapi, boleh jadi bernilai. Tak ke pembaca sekalian kasihan kepada 'Boy', hanya kerana umurnya yang belum cecah 2 angka, dia tidak dihiraukan. Huh. Mungkin dapat sedikit mengubah persepsi kita terhadap orang yang lebih lemah.
Bukan pandang rendah je. Tapi, matlamat. Tu pun penting utk menjadikan kita bernilai di sisi Sang Pemurah. Tegas Abu Naufal dari Australia itu "Jangan hidup ibarat tiada finish line". Saat seorang gerangan tersentuh dgn kata-kata itu, die mula mengelamun... "Cemane ek, lumba lari tapi tak abis2. Camtu la jugak hidup kan. Cemane ek, hidup tapi takde matlamat". Yess! Tepat sekali wahai gerangan. Terbuka minda si gerangan ni walaupun die mengelamun. Pembaca, sudah? Harap faham apa yang gerangan ni mengelamunkan.
Matlamat hidup mesti ada ye! Kita sebagai Abid, Hamba, Pengganti, Pemimpin. Mesti ada sesuatu bahkan belambak tanggungjawab yang kita kene buat. Walaupun mengalihkan batu, bahan berduri di tengah jalan. kan?
**************
| Al-Hujurat, Tafsir. |
Sebelum penutup, ingin Pengembara petik beberapa potong ayat drpd kitab suci kita.
"Sesungguhnya orang Mukmin adalah bersaudara, maka damaikanlah antara kedua-dua saudara kamu, dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat." -Hujurat:10
"Wahai orang beriman, Jauhilah daripada prasangka. Sesungguhnya sebahagian drpd prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari kesalahan orang lain, dan janganlah kamu mengumpat yang lain. Apakah kamu suka memakan daging saudara yang sudah mati? Maka tentu kamu berasa jijik. Dan bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya, Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani." -Hujurat:12
"Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika kamu mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah akan mencintai kamu dan Dia akan mengampuni dosa kamu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani" -AliImran:31
Allah sememangnya nak sangat beri kita sesuatu yang kita pinta. Setiap ayat ada membuktikan Allah suka memberi, "Allah Maha Mengasihani". Kunci yang kita perlu garab dari sini, ialah.. Kesedaran. Dari kesedaran, hati boleh tergerak utk buat macam2. Syukran yang selalu menyedarkan Pengembara. :)
Akhirulkalam,
Jom kita renung PALESTIN jap. Gencatan senjata tak menjamin kesejahteraan yang kekal. Gencatan senjata. Gencatan senjata. Satu kemenangan buat Gaza. Kita sama hulur DOA. Gaza, Palestin dinaungi Allah.
![]() |
| #PrayForGaza #SaveAlAqsa |
Wallahua'lam.
Btw, seronok bila Pengembara melihat semua bawah satu bumbung, '#ShiDae20'. =)
*taknak ungkit kisah lama. Rindu ShiDae20.
Belajar waktu Prep, sama2. Nasyid sekali. ;')


1 comment:
=)
Post a Comment