Tik tok tik tok. Masa berjalan walaupun kita berkaku, lagak 'bajet' masa berhenti.
Salahuddin atau panggilan sayu-nya, Hud, dengan yakinnya melangkahkan kaki ke hadapan kelas untuk menjawab soalan yang Cikgu Kamsani berikan secara sukarela. "Alhamdulillah Hud berani ke depan..."
Malu tersipu Hud dipuji Cikgu Kamsani. Dia pun jawab soalan di papan putih dengan yakin dan dengan muka kemerah-merahan. Ye la, kene puji.. Pffttt
Untuk pengetahuan, syukur Tuhan, Hud telah berjumpa dengan makcik Hidayah. Beliau sebelum ini sangat chinta jahiliyah. Tapi, sekarang.. wah2, ramai nak buat menantu. Eh?
Tapi... Apa reaksi rakan sekerjanya di kelas? Habis bingung Hud dibuatnya.
Hingga buatkan Hud mengeluh.. "Huhhh. Lelah aku hidup cenggini." Dia kini runsing. Barangkali, sedikit terkesima dan menyesal ketemu makcik Hidayah.
*************************
Ahmad Salahuddin bin Faisal Awang. Satu nama yang dulunya sinonim dengan semua jenis Jaihilyah Ringan. Dah acane Jahiliyah Ringan tu? Hihi. Antaranya, selalu lambatkan solat, mencarut tak tentu hala, ikhtilat ( bergaul dengan bebas ), buli junior, ponteng kelas, kurang minat Al-Quran dan lain-lain. Nampak macamana Hud ni hidup?
Namun begitu, Hud pernah terserampak dengan makcik Hidayah. Tak usah nak dipanjang lebar gimana Hud terjumpa dengan makcik Hidayah tu la kot. Yang penting, Hud kini tengah runsing, bingung, tertekan. Kenapa..? Jom sambung kisah atas..
Hud menulis jawapan pada papan putih dengan sekembang-kembangnya, akibat pujian Cikgu Kamsani tadi. Oleh sebab itu juga, jawapan 'Mesopotamia' telah beralih kepada 'Meposotamia' tanpa disedari Hud. Istilah remaja-remaja sekarang.. TYPO. Ye tak? Pantang dengar perkataan tu. Bila datangnya typo, Pengembara pasti, ada je yang nak membahan. kan kan?
Hud dengan segan silu, padam jawapannya, dan terus menulis dengan cakar ayam 'Mesopotamia' dalam keseganan. Selesai sahaja dia melakukan pembetulan, dia pun meluru terus ke tempat duduknya. Sampai saat ini, tiba-tiba Hud bermasam muka dan panas hati akibat kelibat rakan sekelasnya yang lain.
"Ikhtilat! Ikhtilat!, buuuuuu."
"Dah la tak puasa time wajib puasa, ponteng kelas lagi. Ish ish ish...!"
"Hahaha.. MePOsotamia.. Typo! Hahah. tula, ikhtilat lagi.." Cacian, makian, cerca rakan sekelasnya yang lain tak mengira jantina.
Hud pun tabah dengan kemarahannya, menunduk dan meletakkan kepalanya tepat di tengah meja seraya bermonolog. "Aku dah tak buat semua tu kan! Hijrah hijrah hijrah. Mcm takboleh je."
Luntur semangat Hud yang dahulunya sangat bersemangat, tapi buat Jahiliyah. hihi.
End Here.
*************************
Dari Pengembara,
Kes hijrah cenggini memang selalu berputar-putar pada insan-insan yang berhati besar untuk berubah ke arah soleh kan? Tak logik pula, dari panas terik tiba-tiba hujan lebat berguruh, awan hitam yang mendung menyelindung matahari yang panas terik tadi. Pastinya, dari sang Suria yang memancar, sedikit demi sedikit awan stratocumulus akan menutupi matahari. Lama-kelamaan, turun hujan membadai bumi. Itulah sunnah hujan yang turun.
Begitu juga sunnah orang yang inginkan pada perubahan. Sedikit demi sedikit.
Namun begitu, boleh tak, orang nak berubah kalau ada je yang nak mengungkit kes-kes jahiliyah zaman dulukala? Tak perlu la kot untuk orang cemburu dia mampu berubah, dia kutuk-kutuk orang lain. Tak marhaen diri tu. Pffttt.
Pegang Quran sikit, "wah2... baca Quran baii.."
Puasa sehari, "eh eh, kau puasa ke nak iftar ngan aku ni?"
Duduk saf depan sikit, "amboi amboi, bukan selalu dok bawah ke?"
Tak ke hilang semangat orang berhati besar ni untuk berubah, beramal dan istiqamah?
Instead of doing that, kenapa tidak kita positifkan..
Pegang Quran sikit, "Alhamdulillah, esok baca lagi tau!"
Puasa sehari, "erm, kames depan iftar sekali jop!"
Duduk saf depan sikit, "Meh kite tolak hang imam."
Tak ke lagi semangat orang berhati besar ni untuk berubah, beramal dan istiqamah?
Duduk saf depan sikit, "amboi amboi, bukan selalu dok bawah ke?"
Tak ke hilang semangat orang berhati besar ni untuk berubah, beramal dan istiqamah?
Instead of doing that, kenapa tidak kita positifkan..
Pegang Quran sikit, "Alhamdulillah, esok baca lagi tau!"
Puasa sehari, "erm, kames depan iftar sekali jop!"
Duduk saf depan sikit, "Meh kite tolak hang imam."
Tak ke lagi semangat orang berhati besar ni untuk berubah, beramal dan istiqamah?
Konklusinya,
"Kisah Lama Jangan Diungkit.."
"Semangat membara, jangan lunturkan.."
"Semangat membara, jangan lunturkan.."
"Pandang ke Depan, Hiraukan orang lain mengata.."
"Sedia untuk ujian mendatang.."
"Sesungguhnya Allah takkan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang mengubah apa yang ada pada diri mereka"
{Ar-Ra'd:11}
Tabah ye COKLAT.
Tabah ye COKLAT.


No comments:
Post a Comment