Salam.
Selawat dan salam atas junjungan terbesar Nabi Muhammad S.A.W. Beliau dah berkorban utk kita.
Jom bersyukur. Tuhan kita hebat, baik, bijaksana, dan mcm2 lagi. Dia telah kurniakan kita nikmat percuma.
Terima Kasih Allah!
Mutakhir ini, Pengembara ada mengembara sedikit drpd luas bentangan bumi Allah ini. Memang terbukti ayat Allah dlm surah Al-Mulk. Terus melonjak naik semangat pengembara utk mengembara jauh.
"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."
***************
Heh, nak dikongsikan. Pengembara mengemabara di sekitar 'KAY EL', ada saja benda menarik yang Allah nak tunjuk, supaya di amik ibrah. Hmm, ye lah. Hikmah* ialah barang hilang orang mukmin sekarang. Mana2 antara pembaca yg terjumpa, layak untuk ambik. Jadi, nak tak nak.. Kenelah amik dan dijadikan satu pengajaran. Bukan sekadar untuk diri, tapi boleh dikembangkan dan dikongsi. Mmg patotnya macam tu pun kan?
Sambung pada kisah.. Sedang Pengembara keluar dari satu tempat, tertarik pulak pengembara dengan kerenah budak2 taska, budak2 kecik yang sedang disambut baik oleh ibu yang tercinta. Yang bertambah menarik, apabila si anak terloncat2 sambil menceritakan pengalaman best mereka kepada si ibu yang kepenatan bekerja, cuba untuk memekakkan telinga tapi tak kesampaian kerana.. hmm itulah 'pengorbanan'. =).
Tak semena-mena, si ibu muda depan pengembara berkata.. "Budak2 kecik best kan? Tapayah susah-susah pikir masalah-masalah yg kene hadapi. Mak cik rasa mcm nak je pegi balik tym kecik2 dulu."
Hah, Pengembara terkesima. *_*
Terdiam, Pengembara senyum dan berlalu pergi begitu sahaja sambil berkata " Biaselahh, fitrah manusia. "
Sambil meneruskan perjalanan, ayat si ibu tadi tak henti - henti berputar dlm benak fikiran. Maka itu, terbit dlm hati " betul jugak mak cik tadi tu. Terima kasih mak cik " hikhik. Berdekah kecil Pengembara bila fikirkan semula.
***************
Jadi, apa pandangan pembaca tentang kenyataan 'si Ibu' tadi?. Ada kebenaran? Ke ikut sedap hati dia je?
Yup. Pada pengembara, ada kebenaran, ada juga sebaliknya. Why?
Ya lahh. Bak kata - kata yang Pengembara pernah garab dari bumi wakaf..
Orang yang tidak mempunyai masalah ialah orang gila.Dah terang lagi bersuluh kan? Tidak boleh tidak, Nak tak nak.. setiap manusia yang mempunyai akal pasti menemui masalah. Even satu masalah kecil pun. Mungkin masalah tak dpt nak solve satu soalan Math? Mungkin masalah peribadi yang mengacau-bilau? Atau mungkin juga.. masalah kucing terkandas dalam longkang yang sgt dalam, pastu tak boleh nak bawak keluar? *pengalaman. hikhik. Tak kisah masalah apa yang dihadapi, tapi yang penting, kita semua ada satu masalah yg sama. Apa masalahnye?
Pasti - pasti masalah kita untuk kita langsaikan hutang kita dengan Allah. Dah memang terlekat pada setiap insan perihal hutang ini. Hutang ini bukan sekadar RM100, RM1000 +++. Malahan lebih drpd itu.
Berjuta mungkin? berbilion? Trillion? Sebenarnya.. Tak terbilang.
"Dan jika menghitung nikmat Allah, nescaya tidak dapatlah kamu menghitungnya." (Ibrahim : 34)
***************
Sebagai penggulungan, memang manusia tak boleh lari dari fitrah. Hakikatnya, semua manusia mempunyai masalah. Cemana nak atasi masalah dgn terbaik?
BACK TO QURAN. insyaAllah berjaya dunia akhirat. Lagipun, tu kan buku terbaik sepanjang zaman. Lagi pun, semua jawapan, cara, klu, petunjuk Allah dah bagi dlm tu. Hanya tinggal nak buka, selak, cari. Tak ke mudah gitu?
Walau apa pun, Pengembara rasa, tym kecik2 dulu adalah saat - saat indah dlm hidup. Bukan sbb tak perlu hadapi masalah. Tapi, semua peristiwa yang berlaku dulu, mmg sangat indah. Kalau org2 'KAY EL' ni kata " Sweet! " cenggitu. =.=
Namun, apakan daya. Maher Zain pun ada menyebut dlm Nyanyiannya.
♫ ♩ "Oooo.. If i could turn back time, rewind." ♪ ♬
Namun, apakan daya. Maher Zain pun ada menyebut dlm Nyanyiannya.
♫ ♩ "Oooo.. If i could turn back time, rewind." ♪ ♬
Semoga terbuka minda semua pembaca untuk sama2 selesaikan hutang kita dgn Allah.
Barangkali, masalah kita dgn Sahabat sekeliling lagi.. ? Nak pisah dah kann, lepaskan diri dari masalah dulu. Boleh jadi, benda2 macam ni jadi sekatan kita untuk menjejakkan walaupun sebelah kaki ke Syurga. Mcm mana pulak nak berjumpa di Syurga? *Renungkan
***************
Sekadar perkongsian. Yang baik jadikan pengajaran. Yang buruk campak, buang jauh2. Kalau tak pun, yang buruk tu biar Pengembara cuba perbaiki lagi. Tidak lupa jugak, kpd yang berkaitan dgn entri pos sblm ni, -di sebalik* oops-, Pengembara benar2 mohon maaf. Mungkin hanya kebetulan. Tak ada niat timbul dlm hati untuk mengenakan, meniru atau seumpanya. Terima kasih kpd 'En. T' kerana menolong Pengembara kendalikan masalah ni. Setel satu masalah drpd berjuta di dunia. Mudah?
Maaf, bukan dari golongan cerdik pandai.
Wallahua'lam.
*mood: sentiasa teringat sahabat sepena. terima kasih Batch20Hira'.
sebak, mengalir air mata di pipi cekung Pengembara. Terbayang.


No comments:
Post a Comment