Bismillahi walhamdulillah.
Salam. Selawat kepada Rasulullah. Syukur kepada Allah, Tuhan kita. Kita Islam.
![]() |
| Hiasan. |
Setiap hari Pengembara berjalan. Setiap hari Pembaca sekalian berjalan. Kadang rasa lama. Kadang rasa seperti sesaat je bagi setiap langkah yang kita buat dalam hidup. Kan?
Walau ape pun, kita memang pasti perlu mengorak langkah dalam setiap saat kita atas dunia ni. Oleh itu, kita kene pastikan bahawa kita sentiasa mengembara kaki, serta mengembara HATI supaya dapat hikmah, walaupun kita tak mencari. (=
***************
![]() |
| Banyak langkah Pengembara bersama sahabat Pengembara, Generasi 20 Hira'. Sekarang pun, masih bersama-sama langkah. =) |
Sedar tak sedar, dah byk langkah yang kita buat. Banyak sangat sampai nak masuk tahun berikutnya pun, still kita tak perasan. Betul tak?
Okay la, mungkin kita sedar. Tapi.. apa kita dah sediakan langkah seterusnya untuk menghadapi apa2 kemungkinan. Barangkali, Pengembara tulis cenggini pun untuk mengingatkan diri Pengembara sendiri.
"Eh kawan, setiap langkah yang kita buat, membawa berjuta makna tau tak. Better anta fikir elok2 langkah anta ke mana, utk ape, kebaikan, keburukan. Ni untuk masa depan anta jugak."
Pengembara terkesima pabila didatangi seorang yang pengalaman lalu berbicara perihal masa depan...?? Terimas berjuta kpd orang yang pengalaman tadi sbb berjaya mengetuk hati kecik Pengembara yang sedang asyik dengan program sana sini di kala cuti yang sangat sangat panjang. Ahh, smpt jugak Pengembara selitkan masa ni, untuk kongsi bersama Pembaca. Harap maaf.
Bila fikir pasal masa depan, mesti banyak yang terkeluar dalam kepala. Ye tak? Barangkali, fikiran pasal nak miliki Nike Gato futsal pon ada. EH? Gurau. Tapi, mmg hakikat. Sekali terfikir, semua keluar dalam otak. Tuntasnya, yang selalu highlight dalam otak setiap pelajar, pastinya perjalanan pelajaran tahun depan. Ye lah.. semua nak kejar cita-cita masing-masing. Waktu2 remaja cenggini lah terbuka hati, terbuka fikiran dan boleh lihat masa depan sendiri. Contohnya macam seorang pahlawan ini. Pengembara bagi gelaran Rosli Samad. Pffft. terlintas nama tu dalam kepala. Maaf.
***************
Rosli Samad ini merupakan seorang pelajar tingkatan 3. Dulu, waktu dia berumur sekitar 7-9 tahun, katanya mahu menjadi seorang Duktur berjaya yang bergelar 'Al-Hafiz'. Namun, biasalah, waktu seawal umur macam itu, mana ada yang mampu mengerti maksud sebenar cita-cita. Jadi, kata2nya waktu itu hanyalah satu impian yang kabur. Setelah dia pesat membesar, kaburan impiannya semakin jelas apabila dia hadir ke satu sesi. Terdengar dia kpd seorang yang berkata dihadapan.
" Remaja ni satu fasa yang susah sebenarnya. Kenapa? Sebab zaman remaja ni, antum kene banyak memilih. Betul tak? Tulah Dilema Remaja. Pilih kawan, pilih lawan.. Dan yang paling susah sekali.. bila satu part nnti, antum kene pilih option yang boleh mempengaruhi masa depan antum sendiri. Dan tulah yang akan menentukan samada cita-cita yang antum sebut dari dulu tu.. jadi kenyataan atau tak."
![]() |
| Dalam kepala Rosli Samad. |
Dush. Tink. Wow.
Rosli Samad pon tergetar hatinya. Terbuka mindanya. Mungkin ayat tulah yang berjaya membangkitkan dia untuk lebih berusaha ke arah menggarab cita-citanya sebagai Duktur 'Al-Hafiz' yang berjaya. Rosli Samad kini sedang lagi mencari identiti diri. Untuk ape? Untuk kenal mana kekuatan, mana kelemahan. Yelahh, nak jadi duktur al-hafiz ni bukan mudah. Kene belajar kuat, Kene hafal kuat. Mungkin bila dia fikir-fikir perihal benda2 ni, boleh membangkitkan lagi semangat dia. InshaAllah. Doakan Rosli Samad.
***************
Bak kata Tokoh Sahabat dulu2, yang juga antara kata-kata Pengembara pegang dari dulu.
"Detik sekarang ini, lagi berharga daripada 1000 tahun yang lalu. Malah, lagi berharga daripada 1000 tahun yang akan datang. Kerana, detik sekarang ni boleh mengubah segalanya."
Kata-kata tadi sebagai penutup untuk entri yang harapannya, boleh membuka hati kalian. Terutama yang Pengembara.
Wallahua'lam.
P/s : Byk program Pengembara dh join dan bakal join, mungkin tulisan atas hasil dari banyak2 yang telah Pengembara dapat dari prog. Terimas =)
Sayang Shi Dae 20.


.jpg)
3 comments:
syed nabil, anta msh lg nak jadik astronout kerr?
yups. doktor then terbang.
smoge tcapai.....
=)
Post a Comment