Salam. Selawat dan
junjungan kita rafakkan ke atas Rasulullah. Syukur nikmat Allah bagi, lengkap.
Alhamdulillah. Pengembara bercuti selepas perjuangan menitik peluh. Moga2
diterima Tuhan.
Sementara bercuti,
pengembara terfikir... Ada teman sepengembara berkata “ Haishh, cuti lame
ni buat ana jadi gile.”
Ouh, pengembara
bermonolog. “Betul juga, taleh2. Aku kene buat sumthin’”. Okay, Pengembara pun bercadang utk memperbanyak
lagi menyumbang tulisan dlm agama. Tak adelah buang masa.
Out of blue,
sahabat saya semula berkata “ tanak la aku buat keje ‘campak garam ke laut’”. Sekali lagi, soksekannya membuat aku terfikir. “Kenapa campak garam
ke laut yea?”Pengembara monolog sendirian.
![]() |
| Peribahasa. |
Bermulanya macam ni, sedang mengacau sahabat, tengah-tengah khusyuk buat latihan kan... Pengembara pun mula menyelit. Bosan-bosan.. Semangat dia buat matematik, theorem pythagoras. entah macam mana entah nak eja.
Tiba-tiba..dia sebut peribahasa ni... ‘Ibarat pungguk rindukan bulan...’. So, tu yang keluar setiap satunya soalan diatas. Macam semart pulak peribahasa tu. Pengembara pun tertanya2. Lalu, Pengembara pun mencapai kamus dewan edisi Kelima yang berwarna merah dan menyelak2 muka surat. Akhirnya, Pengembara dapat mengesan perkataan ‘pungguk’. Dari waktu tu, pengembara pun mula buat cerita sendiri. Ngee~
![]() |
| Yes. Macam ni. Imagine. |
Orang kata, rupanya hodoh.. Dah skeptikal manusia dalam melihat setiap sesuatu. Ada nampak comel, ada yang nampak tak comel. Interpretasi berbeza walaupun lubang hidung semua ada dua.
Tapi Alhamdulillah, pungguk dikurniakan suara yang merdu. Makanya, setiap hari dia berjaga malam, dia menyanyi tengok bulan. Sambil bertenggek disangka menanti bulan. Bulan pula adalah entiti simbol kecantikan sepanjang zaman. Cantikkan bulan? Semua ciptaan Tuhan. *Tasbih.
Makanya, muncullah peribahasa ibarat pungguk rindukan bulan. Mengharap sesuatu yang tak mungkin dapat. Iya lah, satunya cantik.. satunya tidak.. Tambahan, tak ada roket tambang murah nak ke bulan. Pfttt. Lebih kurang macam niat hati nak peluk bulan. Apakan daya tangan kontot.
***************
Kasihan nasib si Pungguk. " Alahai "
Jadi nasihat buat Si pungguk, jangan bersedih sebab tak memiliki cinta sang makhluk. Kerana iman hanya perlukan cinta agung pada Allah dan Rasul dan alamat kepada merasai kemanisan iman ini ada tiga .... Halawatul Iman..
"Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan Iman (iaitu)Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam Api Neraka." (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Syukur itu kan lagi tinggi makamnya dari bersabar kerana ramainya orang yang boleh bersabar dengan kesusahan. Tapi tak ramai yang bersyukur dengan kesenangan. Bersyukurlah dengan kurniaan Allah buat kita dari hari semalam, hari ini, hari esok dan selamanya. Mudah-mudahan ada wahai jodohmu pungguk... jika tidak dengan insan didunia ini, bidadari syurga kan masih ada. =)
***************
Yang Pengembara
dapat kaitkan, Pengembara sememangnya tak nak lepaskan bulan. Apatah lagi di
depan mata. Tapi, apakan daya, “Syaitan mengabui perkara mungkar dgn perhiasan yang cantik terhadap
manusia”. Pengembara sarankan, tanam ayat itu dalam dada masing2. Agar kita tak
lari dari jalan menuju Syurga yang pastinya ada cinta atau bulan yang kekal. Mungkin
kita SEORANG pungguk? Atau bulan? Tak kisah.. Yang penting, kita semua mahukan
empunya bulan iaitu Allah.
***************
Coretan kali ini hasil ilham sahabat sekeliling sewaktu penghujung persekolahan. Terpisah semua?
Semoga berjumpa
lagi dlm pos yang lain.
Wallahua’lam.
*Mood: masih
rindukan teman seperjuangan. Batch20Hira’, tak akan lengang dari ingatan.
Harap kondisi tahun depan sama mcm tahun semasa. Holistik! Dari segi pelajarnya, adatnya dll.

.jpg)
2 comments:
membe kat skola r shbt yg susah nak dicari ganti.....ukhwah fillah abadan abada...=)
skola asrama ni agi r rapatkan ukhwah....
Post a Comment