Salam. Selawat dan salam keatas nabi Junjungan.
Perubahan Drastik !
Memang perubahan sebegini amat kurang keberkesanan kerana perubahan ini dilakukan dengan mengejut. Boleh dikatakan drastik berubah baik, maka drastik juga selepas itu turun semangatnya, berbanding perubahan secara berperingkat-peringkat (tadarruj).
Jadi oleh kerana itu ana boleh mengatakan kalau ada janji perubahan drastik, itu mungkin hanya janji kosong atau boleh disifatkan sementara. Pengembara pernah alaminya dan jujur katakan pengembara sendiri pernah melakukannya. Kerana beranggapan ia mampu merubah diri dengan lebih cepat. Mungkin boleh jadi, kalu diri empunya badan kuat dengan motivasi diri yang hebat.
Tapi hakikatnya, kita perlu lihat pd diri kita. Seperti ayat Quran :
Wa Fi Anfusikum, A Fala Tubsirun ?-pd diri kamu, tidakkah kamu melihat?
Lihat pd kemampuan kita sblom amek lgkah untuk ber'drastik' atau berperingkat (tadarruj). Takot2 hanye m'mkn diri. Kebiasaannya, dgn b'drastik, kita x mampu utk tros istiqamah. Kerana m'mbuat sesuatu yg kita tak kerap buat. Hal ini akan b'tmbh trok jika rakan yg pndg negatif sntiase m'kutuk, m'caci dan lain2. Tp, kalo diri empunya kuat dan bermotivasi diri, insyaAllah tetap tros thabat + istiqamah.
Jangan kata kosong, kalau tidak mahu ditinggalkan rakan. Jangan kata bongkak kalo diri sendiri sering ada kelemahan, jangan kata kau yang benar jika kebenaran sebenar belum kau pertahankan, tapi jagalah diri sendiri sebelum diri dipertaruhkan.
Khalifah Umar Al-Khattab pernah b'pesan kpd anaknya :
“Jangan tergesa-gesa wahai anakku, sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada manusia secara sekaligus (drastik) , maka mereka meninggalkannya juga sekaligus, maka berlakulah fitnah.
**demi umat cemerlang (yang digelar golongan sedikit) akan datang**
1 comment:
tahniah teruskan ye!!
Post a Comment