Thursday, November 10, 2011

Bicara Nikmat

salam. selawat kpd junjungan terbesar Rasulullah S.A.W.
Perkongsian pengembara pd entri kali ini seperti tajuk yang tercatat.
Bicara nikmat ?!

Pengembara terkial - kial sebentar. Banyak ujian Allah yang menimpa setiap manusia. Tetapi, dgn ujian ini jugalah yang membawa kite ke syurga. Untuk menghadapi semua ujian dunia ini, hanya perlu menitikberatkan 2 perkara shj iaitu sabar & syukur.

Seperti diketahui semua, nikmat Allah terhadap umat manusia itu sangat banyak dan beraneka ragam jenisnya, misalnya : ada yang bersifat jasmani, ada yang bersifat rohani, ada yang
terdapat dalam diri manusia sendiri, ada yang terdapat di luar diri manusia. Tambahan lagi, Allah mmberi semua nikmat ini Percuma!. Seperti ayat Quran...
"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, niscaya tidaklah dapat kamu
menghitungnya" (Ibrahim : 34)

"Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu sentiasa bersyukur " (ad-Dhuha : 11)

Oleh sebab itu, mmg sepatutnyalah semua makhluk yang menikmati nikmat ini perlu bersyukur kepada Allah. Bersyukur atas nikmat Allah adalah bukti bahawa iman seseorang itu lurus. orang yg bersyukur selalunya sentiasa mempunyai sifat muroqobah kerana merasakan Allah sentiasa melihatnya. InsyaAllah dgn bersyukur ini, segala nikmat kita akan bertambah. Hal ini telah dijanjikan oleh Allah dalam Al-quran . . .

Dan ingatlah tatkala Tuhannu memaklumatkan, “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu; dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”” (Surah Ibrahim:7)

Menyebut Alhamdulillah.

Dlm hadis 23 Imam Nawawi, ade mengingatkan perihal menyebut Alhamdulillah.


" Perkataan al-hamdulillah ('Semua puji-pujian kepada Allah') mengisi timbangan (mizan). Perkataan subhanallah dan al-hamdullilah mengisi bersama-sama - ataumengisi setiap - apa yang di antara langit dan bumi "

Jadi, penuhilah timbangan!. Gerakkanlah bibirmu menyebut Alhamdulillah sebagai tanda bersyukur kpd Allah.!

Sujud Syukur.

Sujud syukur telah diamalkan oleh Rasulullah sebagai tnda kesyukuran. Hadis oleh Abu Daud dan Ibnu Majah :


"Apabila Rasulullah s.a.w. menemukan sesuatu yang menggembirakan baginda atau disampaikannya kepada baginda sesuatu berita sukacita, maka baginda melakukan sujud syukur sebagai tanda bersyukur kepada Allah s.w.t."




= apa gerakan kita setelah mengetahui hal ini? =
**jadilah kita sbg golongan yg sedikit**


No comments: