Sunday, October 21, 2012

Sabar, Doa..



Salam. Selawat dan junjungan ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Terima kasih Allah atas nikmat kau kesemuanya!
Lemah. Kejap naik, kejap turun. susah stay... Cemana?

Dalam kehidupan ini, kadang-kadang kita akan melalui saat dimana kita jatuh atau melemah (futur). Melemah tidak hanya kerana lemahnya dalam kerja-kerja Islam, tetapi lemah yang sebenar atau yang lebih berat adalah lemahnya IMAN. Ada je yang mampu ceramah sana sini, atau buat program sana sini, tapi hakikat hatinya kosong. Lemah. Tidak semangat untuk meningkatkan diri. Nak buat amalan sunat terasa berat.

Kadang-kadang ketika melalui saat itu, terasa diri begitu kerdil sekali. Diri sendiri pun lemah, bagaimana nak mengajak orang lain ke arah kebaikan? Kita tahu kerja-kerja mengajak manusia ke arah kebaikan ini tak akan habis. Kalau kita tak buat, maka Allah akan gantikan dengan orang lain. Maka kita pun melakukannya tetapi hakikatnya hati ketika itu kosong. Tak ada feel.. Tak ada ruh dalam beramal!

Jiwa menjadi makin tertekan dan sebak apabila mengenangkan keadaan masyarakat sekeliling yang makin rosak dan dalam masa yang sama kita tak mampu berbuat apa-apa. Kita tahu kita kene bantu mereka tapi melihat keadaan diri yang sedang melemah, diri hanya mampu melihat sahaja.

Islah nafsaka Waad'u Ghairaka! Perbaiki diri kamu dan ajaklah orang lain- bukan tidak tahu hal ini, tetapi kita terasa lemah sekali. Terasa nak perbetulkan diri pun sangat berat. Jadi.. Bagaimana? Adakah kita mahu keadaan berterusan?


***************



Kunci kepada segala ini adalah bersabar. Sabarlah dengan kelemahan - kelemahan yang kita ada. Kita juga manusia biasa hanya perlu kepada peringatan dan naik sedikit demi sedikit. Kita juga punya kelemahan-kelemahan. Teringat kata seorang sahabat apabila mengadukan hal ini kepadanya,...

"Kita kenelah juga beri peluang pada diri untuk meningkat dan memperbaiki kelemahan-kelemahan. We Are Not Perfect.."

Kunci kedua ialah sentiasa berdoa, moga Allah kembali beri kekuatan kepada kita untuk beramal dalam rangka mencari RedhaNya. Rasulullah ada mengajar kita satu doa yg sgt baik,

"Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agama dan dalam ketaatan dan atas jalan ini."
Bak kata 'Dr. Hati' Abbas As-sisi,

"Sesungguhnya kemenangan dan kekalahan itu hanya dipisahkan oleh sabar sesaat sahaja."
Pengembara bersama Teman Seperjuangan.

Sebagai perkaitan, menjelang akhir tahun ini, ramai yg akan berpisah terutama saya dlm Batch 20 Hira'. Saya bersa sangat sebak. Lebih2 lagi bila dpt tahu yang ramai akan merantau ke tempat lain.
Bila pikirkan semula perihal ini.. Sememangnya boleh menjatuhkan Pengembara. Tapi.. Pengembara cuba positif!

Tapi Hakikat.. "bertemu dan berpisah kerna Allah" sangat jauh dirasai dlm hati. Taktau kenapa...
Mampu buat apa? Sabar,doa,sabar,doa,sabar,doa...



Ini sahaja coretan kali ini. Ingin sekali pengembara melihat pembaca semua berjaya dunia akhirat. =)
Semoga bertemu lagi di coretan lain. Mungkin coretan yg bukan lagi sebagai pelajar Hira' ?.. Tak mungkin..
Wallahua'lam. Maaf semua.

2 comments:

Anonymous said...

gud lak.....

Anonymous said...

=)