Saturday, August 1, 2009

+ Detik Adrenelin +

1 OGOS 2009

Tengah hari tadi, pengembara, ibu, abg kedua telah ke 'Sogo', KL utk menyokong Pembantahan ISA..,


Kira2 jam 10:50 pagi, kami bertolak dari rumah. Kami pergi ke 'Sogo' dengan menaiki LRT..,
sesampai di Stesen Bank Negara, Pengembara terlihat beberapa polis segak berpakaian seragam sedang meronda - ronda di kawasan itu.., hati berdebar - debar.., lagi - lagi ayah merupakan pengerusi GMI yang merupakan penganjur perhimpunan ini.., polis mesti tercari - cari ayah utk ditahan.

Kami tiba di sana kira2 jam 12:03 tengah hari.., pengembara berasa risau dgn keadaan ayah kerana dia ialah org yg dikehendaki oleh polis.


Ketika kami sedang berjalan2 di dalam pasaraya itu, pengembara terlihat beberapa pegawai polis sedang meronda - ronda di dalam pasaraya ini.., apa yg dicari pun pengembara tak tahu.., sambil itu, kami pergi jln2 utk 'cover' kami dtg utk melawan polis..., ketika abg kedua sedang berada dekat dgn kawasan perhimpunan.., seorang pegawai polis bertanya " Dik.., nak shopping ke nak tgk?.. " ...., " nak tgk2 je.., " jawab abg kedua.., " kalau nak tgk2, naik lori je karang.., " balas polis itu.., lalu abg kedua pun pergi dari tempat itu.

Tepat pada jam 2:00 petang, pengembara mengajak ibu ke tingkat atas utk melihat keadaan di luar sementara abg kedua pergi keluar.., ketika kami sedang berehat di tingkat atas.., kami terlihat seorang cina ditahan oleh seorang 'SB'.., pada mulanya org cina itu masok ke dalam pasaraya dengan memakai baju Anti ISA.., tetapi dilihat oleh seorang 'SB' lalu 'SB' itu me'report' ke ketuanya.., sesaat, org cina itu ditarik perlahan - lahan oleh seorang pegawai polis berseragam.., Org cina itu terkejut dan terus menerangkan tujuan berada di situ..,terdetik di hati..., " begini ke ayah akan ditahan?? ".., pengembara semakin risau..

Pada jam 2:12.., semua pintu di pasaraya 'Sogo' di tutup.., pengembara berasa hairan.., mengapa pintu ditutup?.., padahal ramai pelanggan di dalam.., pengembara bersama ibu terperangkap di dalam pasaraya itu.., padahal abg kedua masih berada di luar.., ibu sudah risau lalu menelefon abg kedua. Kemudian.., bunyi di henfon ibuku berbunyi menandakan bateri habis.., bertambah risau kami dibuatnya.., nasib baik henfon ku masih hidup.., lalu menelefon abg kedua ku.., dia berkata keadaan di luar sudah tenang.., iaitu kira2 jam 2:34 petang.

Walaupun begitu.., staff pasaraya itu tidak membenarkan kami keluar.., padahal keadaan sudah tenang.., pengembara terlihat lori 'FRU' berlegar - legar di sekitar pasaraya 'Sogo'.., pengembara dan ibuku berasa risau akan keadaan abg kedua dan ayah.., terdetik dalam hati pengembara " pape la polis ni.., kalau dia tangkap org lain.., lagi la buat org lain marah..,"

Henfonku berbunyi.., rupa - rupanya abg kedua ku yg menelefon.., dan dia berkata " umi.., safwan dah terkena sembur dgn tempias pemedih mata..,"

Ibuku berasa khuatir , risau , gelisah dalam satu masa.., pengembara pun berkata kepada ibuku.., " umi.., jomla keluar.., safwan sorang2 tu kat lua..,"

Ibuku berkata " tak boleh.., pintu semuanya tutup.., nak klua pon tak boleh..,"

Kemudian.., pintu terbuka kira - kira jam 3:12 petang.., lega hati pengembara dan ibuku apabila dpt berjumpa dgn abg kedua.., ibuku berkata " safwan.., ada nampak 'walid'?

Abg kedua balas " nampak.., siap rakam video walid berucap lagi.., "

Tak lama lepas itu.., kami pulang dgn menaiki LRT.., tetapi kami tidak dapat apa - apa berita tentang ayah.., sama ada di tangkap atau tidak.., semasa sedang menunggu LRT sampai.., seorang mak cik bertanya kpd ibuku.., " tadi pergi perhimpunan tu ke??.., " .., haah.., tp saya terperangkap dlm pasaraya.." .., " ooh.., Td makcik kene pemedih mata td.., habis merah muka makcik.., " .., terdetik dalam hati ku.., " hebat betul mak cik ni.., dtg dr Slim River.., jauh tu.., "

Semasa dalam LRT.., ibuku meminta henfonku utk menelefon ayah.., akhirnya.., ayah menjawab panggilan ibu.., " ok ke?.. kat mana sekarang??.." kata ibuku..,

Ayah menjawab " ok.., sekarang dah berada di markas pas ngn kawan - kawan .., x payah risau.., "
Kemudian.., pengembara menghantar SMS kpd ayah.., " walid balik hari ni ke esok?.. ".., " Tgk dulu.., "

pengembara berasa lega dan syukur..,
wassalam~

* gambar akan ditambah secepat yg mungkin..,

2 comments:

hakim.... said...

perrghhh suspen giler aku

liyana syakira said...

mak ana pon ade pergi .....
alhamdulillah x kena tangkap.
ayah keje.