Thursday, July 3, 2008

+ Perkhemahan tahunan amil/amilah +

Perkhemahan tahunan amil/amilah telah diadakan pada 30 jun - 2 julai 2008. Perkhemahan diadakan di Sg. Tua,Ulu Yam,K.L. Perkhemahan ni diadakan khas utk semua tahun lima di Sekolah Rendah Islam Hira',Batu Belah. Seramai kira-kira 80 amil ( lelaki ) dan 74 amilah ( perempuan ). Ok,ana ceritkan pengalaman ana berkhemah bersama platon ana (al-kindi) di Sg. Tua,Ulu Yam.

Pada hari pertama, semua murid telah diberi taklimat sebelum bertolak. Selepas sudah selesai diberi taklimat, semua murid-murid yg terlibat perlu mengangkat barang-barang mereka dan barang perkhemahan seperti khemah, pelapik, baldi, sudip, cerek, dan lain-lain lg.

Semasa di dalam perjalanan kami pergi ke Sg. Tua dengan menaiki bas, driver bas itu buka tv. Setelah sampai di tempat tersebut, kami terus mengangkat barang-barang kami ke tapak khemah kami. Kemudian, kami solat zohor ( jama' bersama 'asar ) dan masak brahim untuk makan tengah hari. Selepas itu kami diberi masa selama 2 jam untuk khidmat diri dan makan tengah hari. Semasa khidmat diri, kami diberi keizinan untuk mandi di sungai berdekatan dengan tapak perkhemahan kami.

Pada malamnya, kami perlu memasak tapi, platon al-kindi tak masak. Kami cuma makan roti bersama kaya. Kemudian, kami solat maghrib ( jama' bersama 'isya ) dan membaca al-ma'thurat. Setelah selesai solat dan membaca al-ma'thurat, kami pergi tidur. Semasa ahli platon yang lain tidur, beberapa ahli al-kindi telah membuat unggun api bertujuan untuk memanaskan diri dan menghalau nyamuk. Pada malam tu juga, amilah telah diberi arahan untuk membuat aktiviti nightwalk. Aktiviti ini diadakan di tengah-tengah hutan. Semua amilah perlu menghadapi aktiviti ini. Cara-cara aktiviti ni ialah semua amilah perlu memegang tali dan berjalan tanpa trek atau lampu suluh. Semua amilah telah selamat melepasi aktiviti ini.

Pada hari ketiga di sana, pagi-pagi kami perlu bangun seawal jam 4 pagi, tapi kami bangun pada pukul 3 pagi kerana hujan yang lebat telah turun. Hampir semua khemah amil dan amilah di masuki air ( banjir ). Kami semua telah di pindahkan ke dewan solat, kami tidur di sana sehingga jam 5 pagi. Selepas itu, kami menunaikan solat subuh dan membaca al-ma'thurat pada kira-kira jam 5.47 pagi. Selepas itu, kami semua diberi arahan untuk mengadakan aktiviti obstacle race. Mula-mula seorang daripada setiap ahli platon perlu pergi merentasi sungai yg deras airnya. Kemudian, seorang setiap platon ni perlu berlumba untuk mendapatkan tempat pertama,kedua dan ketiga bagi mendapat kan markah. Kemudian semua platon perlu merentasi sungai ni pula.

Setelah selesai aktiviti tersebut, kami telah pergi ke dalam hutan untuk membuat aktiviti orientering. Kami perlu masuk ke hutan dan perlu mencari 10 chekpoint yang telah disediakan. Tetapi platon kami hanya terjumpa 2 chekpoint. Platon yang paling banyak mendapat chekpoint ialah platon amilah ( siti sarah ) yg menjumpa 7 chekpoint dan mendapat tempat pertama dalam aktiviti ini. Pada malam itu pula, pertandinagn kebudayaan telah disediakan. Semua platon telah menunjukkan bakat yg hebat mereka. Dan lagi satu aktiviti telah diadakan bagi amil iaitu nigtwalk yg telah di hadapi oleh amilah. Semua amil perlu menjalani aktiviti ini. Cara-cara aktiviti ni sama seperti amilah. Semua amil telah selamat menghadapi aktiviti ini.

Pada pagi hari ketiga, kami semua perlu mengemas semua peralatan dan barang-barang sendiri. Kemudian, kami pulang dengan hati yang gembira. Walaupun kami penat, tapi kami berasa sungguh gembira kerana telah mendapat banyak pengalaman di sana. Kami pulang dengan baju yg busuk dan hati yg gembira...huhu...best la perkhemahan!!!

- syed ahmad nabil-
3 julai 2008

No comments: